Lelaki cekik anak teman wanita hingga mati di Miri mahu buang mayat dalam semak, dikejar polis peronda 0 6132

MIRI: Umpama dalam filem, tindakan cekap dan pantas dua anggota polis berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan yang sedang berlaku di Kuala Baram, dekat sini petang semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang semalam apabila sebuah kereta peronda polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan rondaan di sekitar Jalan Perlis, Kuala Baram, di sini sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan Proton Iswara yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan semak.

“Seorang lelaki Cina kelihatan berdiri di bahagian belakang kereta dengan butnya terbuka.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis, lelaki terbabit terus menutup but, masuk ke dalam kereta dan memecut dari tempat itu dengan laju.

Kata Dev, kejar-mengejar berlaku sejauh lima kilometer sehingga kereta Proton Iswara itu berhenti di simpang Pelabuhan Miri.

“Anggota di dalam kereta peronda kemudian telah mengarahkan pemandu kereta itu keluar dan mengarahnya membuka but kereta.

“Apabila but dibuka, anggota terbabit telah melihat jasad seorang perempuan Cina berada di dalamnya, lantas melakukan tangkapan terhadap suspek suspek.

Pemeriksaan kemudian dijalankan dan perempuan terbabit telah disahkan tidak lagi bernyawa.

“Pasukan Siasatan Jenayah Miri kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Siasatan awal kata Dev, mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa dan tinggal bersamanya, kakak mangsa dan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya.

“Pada pagi semalam, ketika ibu mangsa keluar bekerja dan kakaknya pergi ke sekolah, suspek tinggal berdua dengan mangsa di rumah.

“Sekitar jam 11.00 pagi, telah berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa dan suspek dipercayai telah mencekik mangsa sehingga mati.

“Suspek kemudian menyumbat mayat mangsa ke dalam but kereta dan memandu ke kawasan Kuala Baram, dengan tujuan membuang mayat ke dalam semak berdekatan.

Malangnya katanya lagi, suspek terserempak dengan kereta peronda lain.

Mangsa kata Dev, merupakan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri.

“Suspek pula berbangsa Cina, berumur 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.

“Dia bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau, Miri.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemandu kereta MPV, Koperal Mohd. Izwan Jamaludin dan krewnya, Koperal Eddy Abdullah kerana berjaya menangkap suspek dan menyelesaikan kes bunuh ini,” jelasnya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news