9 Jemaah haji Malaysia cedera kemalangan 0 5641

MEKAH 24 Ogos – Sembilan jemaah haji Malaysia cedera apabila bas dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi di atas Jambatan Aziziyah ketika bas itu dalam perjalanan menghantar jemaah pulang ke Maktab 81 dari Mina.

Bas yang membawa mereka dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah lagi bas yang turut membawa jemaah Malaysia.

Ketika kejadian lalu lintas sesak dengan kenderaan yang membawa jemaah termasuk dari negara lain pulang ke Mekah dari Mina selepas selesai melakukan nafar awal.

Kemalangan itu menyebabkan bahu kanan seorang jemaah lelaki terseliuh akibat terhentak penghadang besi manakala yang lain cedera di mata, kepala dan pipi akibat terhentak pada kerusi hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof ketika melawat mangsa-mangsa petang tadi meminta ahli keluarga agar tidak bimbang memandangkan kesemua mereka mengalami cedera ringan dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Beliau memberitahu, bas terlibat membawa 55 jemaah dengan yang cedera ialah tiga lelaki dan enam wanita.

Menurut beliau, jemaah berkenaan belum sempat menyelesaikan tawaf rukun dan saie.

Beliau memuji tindakan pantas Tabung Haji serta Muassasah Asia Tenggara yang dengan pantas menghantar sepasukan anggota perubatan serta dua bas ganti untuk membawa jemaah pulang ke maktab. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news