Hak Sarawak ke atas imigresen perlu dikekalkan: Karim 0 6821

KUCHING: Hak Sarawak ke atas bidang imigresen perlu dikekalkan selamanya demi kedaulatan dan kepentingan rakyat negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bidang imigresen bagi Sarawak adalah di luar kuasa politik.

Sama ada Kerajaan Sarawak dipegang oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH), hak imigresen adalah kekal seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (1963).

“Hak imigresen merupakan hak istimewa bagi kita di Sarawak dan Sabah.“Kecuali hak itu dikeluarkan atau dipinda atau Kerajaan Sarawak mahu membatalkannya, baharulah hak itu boleh hilang dengan sendirinya.

“Pada pendapat saya, hak imigresen ini patut kita kekalkan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas sidang media mengenai pertandingan Ratu Dunia Malaysia 2018 di sini semalam.

Ditanya mengenai permohonan daripada individu tertentu untuk dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen Sarawak, Karim berkata Kerajaan Sarawak ada menerima beberapa permohonan.

Tetapi katanya, tindakan Kerajaan Sarawak menyekat kemasukan individu tertentu ke negeri ini adalah bersebab.“Kerajaan Sarawak tidak mengambil keputusan sembarangan untuk menyekat sesiapa daripada masuk ke negeri ini.

“Mesti ada sebab mengapa sekatan dibuat, sama ada dari ucapannya yang melampau atau ada kes-kes tertentu yang boleh menggugat ketenteraman negeri ini,” katanya sambil menambah, Kerajaan Sarawak  tidak memilih sama ada BN, pembangkang, malah UMNO juga ada yang ditegah masuk ke Sarawak jika perlu.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin merupakan individu terbaharu yang dihalang masuk ke Sarawak oleh JabatanImigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 24 Ogos lepas.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news