18 jelitawan rebut tempat ke final Ratu Dunia Malaysia 2018 di Kuching 0 6620

KUCHING: Lapan belas peserta separuh akhir Ratu Dunia Malaysia 2018 akan berentap hari ini bagi merebut tempat 12 terbaik ke pertandingan akhir pada 8 September ini.

Pemenang Ratu Dunia Malaysia 2018 bakal dimahkotakan dengan tiara bernilai RM4 juta dan akan mewakili Malaysia ke pertandingan Ratu Dunia di Sanya, China pada 8 Disember tahun ini.

Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak berbangga menjadi hos buat pertama kalinya bagi pertandingan ini.

Pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) nanti akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

“Pertandingan akhir pada malam itu nanti turut akan menampilkan beberapa tetamu istimewa termasuk supermodel terkenal Malaysia Amber Chia dan Carmen Soo serta pelakon terkenal Tong Bing Yu.

“Ratu Dunia Malaysia 2014 dan Ratu Bakat Dunia 2014 iaitu Dewi Liana Seriestha juga akan hadir pada malam tersebut bersama Ratu Dunia Malayais 2015 Brynn Lovett dan Ratu Cheongsam Sarawak 2016 Sapphire Wong.

“Untuk persembahan pula, kita akan dihiburkan penyanyi pemenang anugerah Imran Ajmain dan beberapa barisan artis lain,” katanya pada sidang media mengenai pertandingan itu semalam.

Dalam pada itu, pertandingan berprestij ini dianjurkan Creative Teamlab dan disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Daripada 18 peserta separuh akhir yang akan berentap hari ini, empat merupakan peserta dari Sarawak dan merupakan daripada kalangan bukan calang-calang orang.

Pertandingan ini menarik penyertaan lebih daripada 70 peserta bagi beberapa sesi pemilihan yang diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan melalui webcast.

Pertandingan akhir Ratu Dunia yang diadakan setiap tahun disiarkan secara langsung ke kira-kira 180 negara dan menarik lebih satu bilion penonton – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news