Hari Malaysia suntik semangat Sabah dan Sarawak tambah kutipan emas di Sukma 0 6610

IPOH: Sambutan Hari Malaysia hari ini menyuntik semangat kontinjen Sabah danSarawak dalam menambah koleksi pingatemas masing-masing pada hari keenam Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak.

Sarawak dan Sabah masing-masing mengutip lima pingat emas dan menjadikan kontinjen itu berada di kedudukan kelima dan keenam carta kutipan pingat setakat ini.

Lima pingat emas Sarawak diperoleh menerusi acara memanah, tenpin boling, menembak (dua kategori) dan pencak silat manakala Sabah memperoleh pingatemas menerusi sukan memanah, karate, ragbi wanita, sepaktakraw regu wanita berpasukan dan angkat berat.

Setakat hari ini Sarawak menduduki tangga kelima dengan 11 emas, 8 perak dan 14 gangsa diikuti Sabah 10 pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Terengganu masih mendahului kedudukan pingat dengan 18 pingat emas, 16 pingat perak dan 18 pingat gangsa manakala Wilayah Persekutuan memintas Pulau Pinang untuk menduduki tangga kedua dengan 14 pingat emas, sembilan pingat perak, 16 pingat gangsa.

Pulau Pinang di kedudukan ketiga dengan12 pingat emas, 11 pingat perak dan sembilan pingat gangsa. Tuan rumah berada di tangga keempat dengan 10 pingat emas, 16 pingat perak dan 17 pingat gangsa.

Kontinjen Kelantan menamatkan penantian emas pertama menerusi sukanragbi lelaki namun masih berada pada kedudukan dua tercorot dengan kutipan satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Hari ketujuh esok tumpuan akan terarah kepada sukan olahraga yang menawarkan tujuh pingat emas dan akuatik,yang menawarkan lapan pingat emas dalam acara renang dan dua dalamsukan terjun.

Acara utama olahraga iaitu 100m lelaki dan wanita akan berlangsung esok bagi pusingan separuh akhir manakala pertandingan akhir akan berlangsung pada Selasa. Tumpuan akan terarah kepada atlet pecut negara Badrul HisyamAbdul Manap.- Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news