PULAU PINANG 23 Sept. – Seorang lelaki maut selepas tersepit pada lif di tingkat tiga di sebuah restoran dekat Jalan Penang di sini pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi berlaku ketika mangsa, Mohammad Shahrukh Khan Mohd. Mydin, 19, menghantar ayam ke retoran tersebut sebelum tersepit pada lif barang di situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pegawai perubatan yang dipanggil mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba.
“Pihak polis menerima panggilan memaklumkan kejadian seorang lelaki penghantar ayam maut tersepit pada lif barang dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Polis juga Masih menyiasat punca kejadian dan mayat mangsa yang berasal dari Flat Taman Utara di sini dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE