Kuching: Seorang lagi dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Serapi di Matang sekitar jam 5 petang tadi.
Difahamkan mangsa yang hilang adalsh seorang remaja perempuan berketurunan Arab dikenali sebagai Aya Emad Mohamad.
Mangsa dikatakan mendaki sekitar jam 11.20 pagi selepas mendaftar di Kaunter Khidmat Pelanggan.
Menurut info lagi mangsa dikatakan berseorangan tetapi bergerak dalam banyak kumpulan pelawat semasa memasuki Taman Negara Kubah dan semasa taklimat dari pegawai petugas Taman Negara kepada semua pelawat-pelawat, mereka dikehendaki balik atau mula turun tidak boleh lewat dari jam 4 petang.
Namun sekitar jam 4 petang semua pelawat-pelawat telah melapor diri ke Kaunter Khidmat Pelanggan dan semasa diperiksa oleh pegawai di Kaunter Khidmat Pelanggan didapati mangsa belum melapor diri.
Setakat berita ini ditulis mangsa kini belum keluar dari gunung dan gagal melapor diri. – Kamek Miak Sarawak