Modric tamatkan era Ronaldo, Messi 0 5936

LONDON: Luka Modric menamatkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila dinobat selaku Pemain Terbaik Lelaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi tadi.

Pemain tengah Real Madrid dan Croatia itu mencetus inspirasi besar buat kelab dan negaranya apabila membantu Real memenangi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut serta menjadi tonggak utama kejayaan Croatia mara kali pertama ke final Piala Dunia.

“Kejayaan ini amat bermakna. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” kata Modric.

Modric menewaskan penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah serta Ronaldo yang bersama Messi tidak hadir ke anugerah berprestij itu.

Kedua-duanya beraksi untuk Juventus dan Barcelona esok, namun ketiadaan mereka mencetus kritikan selepas sekian lama berada di puncak.

“Setiap individu mempunyai alasan tersendiri. Sejujurnya saya mahu melihat kedua-duanya berada di sini tapi mereka tidak dapat melakukannya,” kata Modric.

Kejayaan Modric bermakna Ronaldo dan Messi masing-masing kekal memenangi anugerah itu sebanyak lima kali.

“Ia musim yang sangat menakjubkan dan terbaik sepanjang karier saya.
“Saya amat bangga dengan segala yang dicapai tahun ini dan ia akan diingati selama-lamanya,” ujar Modric.

Bagi musim keenam berturut-turut, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 15 gol dan turut menyumbat empat gol pada Piala Dunia termasuk hatrik ketika bertemu Sepanyol pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, kekecewaan Portugal tersingkir pada pusingan kedua di Russia serta kegagalan Ronaldo meledak gol pada separuh akhir dan final Liga Juara-Juara membuka pintu buat Modric untuk lebih menyerlah.

Bagi Messi pula, buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun, dia tidak berada dalam senarai finalis dengan Salah tersenarai selepas meledak 44 gol pada musim pertamanya di Liverpool selain membantu Reds melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Salah bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya dia dinobat sebagai pemenang Anugerah Puskas untuk gol terbaik yang dilakukannya ketika bertemu Everton, Disember tahun lalu.

Sementara itu, Modric juga menyertai rakan sepasukan di Madrid, Sergio Ramos, Raphael Varane dan Marcelo bagi kesebelasan terbaik dunia FIFPro yang turut disertai David De Gea, Dani Alves, N’Golo Kante, Eden Hazard, Kylian Mbappe, Messi dan Ronaldo.

“Saya berkongsi kegembiraan. Umpama saya memenanginya,” kata Ramos mengenai kejayaan Mordic.

“Dia berhak memenangi anugerah ini dan menjadi tonggak penting dalam sejarah kejayaan Real Madrid,” jelasnya.

Didier Deschamps pula memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik selepas membantu Perancis menjulang Piala Dunia di Russia.

Thibaut Courtois memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik selepas membantu Belgium melangkah ke separuh akhir Piala Dunia manakala pemain Brazil, Marta dinobat sebagai Pemain Terbaik Wanita bagi kali keenam selepas membantu negaranya memenangi Copa America.

Reynald Pedros pula memenangi Annugerah Jurulatih Terbaik Wanita selepas membantu Lyon memenangi Liga Juara-Juara. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7768

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5383

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news