Salah guna pas lawatan, 7 wanita warga Filipina ditangkap 0 6434

SIBU: Seramai tujuh wanita warga Filipina ditangkap dalam operasi Ops Noda di sebuah pusat hiburan dan pusat urut apabila tidak memiliki permit kerja, hari ini.

Bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diketuai Inspektor Hairul Hussin membuat serbuan tersebut sekitar 5 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mereka yang berumur antara 22 hingga 38 tahun itu dikatakan tiba di bandar ini dalam dua kumpulan iaitu pada 14 Ogos dan 7 September lalu.

“Kesemua mereka mengakui bahawa mereka telah bekerja di sebuah pusat hiburan dan pusat refleksologi sejak tiba di sini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita-wanita terbabit bekerja sebagai penyanyi di pusat hiburan dan ada juga bekerja sebagai tulang urut di sebuah pusat refleksologi.

Kes itu katanya, sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 15 (1)(c) akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua wanita asing tersebut dimasukkan ke dalam lokap untuk tindakan lanjut,” tambah Stanley. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13915

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13073

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news