SONG: Seramai 297 penghuni Rh Dagum Sangai di Nanga Makut, Katibas, kira-kira satu jam setengah perjalanan dengan menaiki bot dari pekan ini, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dijilat api sekitar pukul 8 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian dalam satu kenyataan, berkata rumah panjang 32 pintu itu musnah sepenuhnya namun semua penghuni rumah panjang sempat menyelamatkan diri.
“Tuai Rumah Dagum serta penduduk rumah panjang hanya sempat menyelamatkan diri namun harta benda milik mereka musnah.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya.Punca dan kerugian sebenar belum dapat dipastkan sehingga berita ini ditulis.
Menurut Balie, rumah panjang tersebut diperbuat daripada papan dan kayu terletak di kawasan pendalaman sungai Katanya, selain pasukan polis yang membuat pemantauan berterusan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Song turut dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas serta menyediakan bantuan sewajarnya kepadamangsa kebakaran.
“Kesemua mabgsa kebakaran yang terjejas telah diarahkan untuk pergi ke S.KLubok Bedil, Katibas yang dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara,”tambahnya.
Insiden itu menjadikan jumlah kebakaran rumah panjang pada tahun ini adalah sebanyak 14 buah kes.
26 JAN – RH. MAWANG, SUNGAI ANAP,TATAU
31 JAN – RH. LANGAT ANTHONY COLLIN, NANGA MAJANG, TINJAR
04 FEB – RH. NYIPA TINGGANG, NANGA PANDAN, SEBAUH
08 FEB – RH. ALO, NANGA NGEMAH, ULU LEMANAK, LUBOK ANTU04 MAR – RH. KIM BRIM KARTADEM, LONG SEBAYANG, ULU LIMBANG
05 APR – LONG PELUAN, BARAM
21 APR – RH. LORRE, NG IBAU KAPIT
13 JUL – RH. AGAN TUBAI, JLN MEDAMIT, LIMBANG
19 AUG – SG. MERAH, PANTU, SRI AMAN
20 AUG – RH. CR. ENGKABI, SAN SEMANJU, LUBOK ANTU
26 AUG – RH. SENGALANG, TATAU, BINTULU
12 SEP – RH. PATRICK KEBING, JALAN TUBAU-BAKUN, BINTULU
13 SEP – RH. AUGUSTINE SAIT, GRAN LIMO, SRI AMAN
25 SEP – RH. DAGUM, NG. MAKUT, KATIBAS, SONG
Sumber: Utusan Borneo Online