Bandar Palu, Indonesia dilanda tsunami selepas gempa bumi kuat menggegar wilayah tengah yang memusnahkan bangunan dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.
“Tsunami berlaku di Palu,” kata ketua bahagian agensi gempa bumi dan tsunami, Rahmat Triyono, seperti dilapor AFP.
Bandar Palu memiliki 350,000 penduduk yang terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat gempa.
Tsunami landa Bandar Palu, Indonesia

Sebelum itu amaran Tsunami dikeluarkan agensi bencana kebangsaan susulan gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud di Wilayah tengah Indonesia, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa melanda wilayah tengah pulau Sulawesi itu dengan kedalaman 10 kilometer, berlaku beberapa jam selepas gempa sederhana mengorbankan seorang di kawasan yang sama.