Korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi meningkat kepada 832 orang 0 6688

The Guardian melaporkan, ramai mangsa lain masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang disebabkan oleh gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter yang menggoncang Sulawesi Tengah pukul 5.02 petang Jumaat.

Gempa bumi berkenaan turut menyebabkan berlakunya tsunami setinggi lebih tiga meter di pantai Palu dan Donggala di kepulauan berkenaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan lebih 200 gempa susulan berterusan berlaku.

Memetik data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, agensi berita itu melaporkan sebanyak 201 gempa susulan bermagnitud 2.9 hingga 6.2 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga 10 pagi ini.

Jumlah korban dikhuatiri terus meningkat susulan usaha mencari dan menyelamat yang menghadapi pelbagai kerumitan termasuk kekangan akses komunikasi, bekalan elektrik dan akses jalan raya.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dipetik sebagai berkata bahawa lebih 30,000 penduduk Sulawesi Tengah kini berada di pusat-pusat pemindahan sementara, selain menyelamatkan diri ke kawasan tanah tinggi.

“Ramai penduduk berada di kawasan bukit berikutan trauma dengan gempa dan tsunami.

“Mereka tidur di jalan raya. Mereka amat memerlukan bantuan bekalan air bersih, makanan, selimut dan ubat-ubatan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Agensi berita Antara pula melaporkan, lapangan terbang Mutiara SIS Al Jufri Palu, Sulawesi Tengah mula dibuka hari ini, namun memberi keutamaan kepada penerbangan mencari dan menyelamat, penerbangan kecemasan dan kemanusiaan.

Pengurus Hubungan Masyarakat AirNav Indonesia, Yohanes Sirait berkata penerbangan di lapangan terbang itu menggunakan sistem manual berikutan mengalami kerosakan teruk akibat gempa.

Pemerintah Indonesia kini mengerahkan tentera dan polis bagi menangani operasi mencari dan menyelamat. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news