JPA diarah bantu urusan pencen enam anggota bomba lemas ketika SAR 0 6253

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

“Saya bagi pihak perkhidmatan awam ingin merakamkan takziah kepada keluarga enam anggota bomba yang dalam kerja-kerja menyelamat telah terkorban. Inilah yang saya katakan betapa tingginya pengorbanan kita (penjawat awam) dalam menyelamatkan orang awam.

“Ini merupakan satu tragedi kepada kita dan kita doakan semoga keenam-enam mereka ini ditempatkan di tempat yang tinggi di sisiNya, semoga keluarga dapat tabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membantu keluarga dalam menyelesaikan beberapa urusan berkaitan termasuk urusan pencen bagi kesemua anggota yang terkorban.

“Pengorbanan kita sebagai penjawat awam ini ada di mana-mana dan risikonya tetap ada kita harapkan semoga mereka dilindungi,” katanya.

Enam penyelam PPDA JBPM lemas ketika melakukan operasi SAR seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada jam 9.15 malam tadi.

Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi ini dan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news