SIBU: Tekanan masalah hidup yang dialami sejak dua bulan lalu dipercayai memaksa seorang lelaki cuba membunuhdiri terjun dari tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Hua Kiew di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berumur 48 tahun itu dijumpai tertiarap di atas jalan raya di belakang bangunan kedai oleh anggota Bit Balai Polis Sentral pada pukul 4.30 petang.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri mengalami kecederaan di bahagian mulut, di bawah mata kanan dan patah di tangan kanan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, pihak ambulans yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Sibu bagi menerima rawatan lanjut.
Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa kemurungan setelah ditinggalkan isteri dan dua orang anaknyayang keluar dari rumah di Bintangor sejakdua bulan lalu.
“Mangsa tidak mempunyai masalah lain atau hutang selain masalah keluarga malah mangsa dan kakak mangsa sendiritidak tahu di mana kedudukan terkini isteri dan anak-anaknya,
“Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil.”Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri,” tambahnya. – Utusan Borneo Online