Gempa Sulawesi: Jambatan Palu IV menyembah bumi 0 6440

KOTA PALU: Jambatan Palu IV, binaan ikonik Kota Palu yang sering menjadi tumpuan pelancong ke sini untuk melihat pemandangan indah laut biru berlatar belakang pergunungan di Sulawesi Tengah, kini hanya dapat menyajikan panorama kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami.

Malah tragedi pada 28 Sept lepas itu mengubah keseluruhan landskap di TelukTalise sejauh lebih lima kilometer, dengankesan runtuhan jambatan kemegahan berwarna kuning yang dibina pada tahun 2006 bagi menghubungkan Palu Timur dan Palu Barat itu menceritakan segalanya.

Penduduk setempat, Mei Yulianita, 34, berkata teluk itu adalah tempat bermulanya ombak tsunami yang mengganas, yang kemudian mengakibatkan banyak kematian.

“Kejadian itu berlaku waktu petang. Teluk ini sahaja dari Monumen Anjungan Nusantara Palu di bahagian timur hingga ke Palu Grand Mall di utara jaraknya lebih lima kilometer. Airnya datang sangat laju hingga menolak semua yang ada di depannya, ramai menjerit dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tapak runtuhan jambatan itu.

Mei berkata kejadian berlaku semasa beliau sedang membersihkan sebuah bilik di tingkat empat sebuah hotel di pesisir Pantai Talise.

“Saya bersyukur kerana hotel tempat saya bekerja, tidak runtuh, cuma mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian kiri, kalau tidak saya juga mati.

Penduduk di sini majoritinya menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan, seakan-akan ‘patah kaki’ apabila gerai makan, hotel dan rumah tumpangan mereka musnah sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, ketika ombak membadai teluk itu, terdapat satu pesta keramaian yang besar iaitu Festival Pesona Palu Nomoni (FPPN), yang merupakan acara tahunan bandar itu yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, dari 28 hingga 30 Sept lepas.

“Kesemua mereka yang menyertai festival itu maut ‘disapu’ tsunami. Pelancong asing antara jumlah korban tertinggi di sini.

FPPN ini diadakan untuk mengembalikan budaya yang telah ditinggalkan berpuluh tahun dahulu, dengan acara kemuncaknya ialah membuat satu ritual adat Suku Kaili dari adat Balia iaitu Pompoura,” katanya.

Mei berkata Pompoura dilakukan dengan memijak-mijak bara api dan masyarakat setempat percaya ia mampu mengusir penyakit.Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunamidi Sulawesi Tengah meningkat kepada 1,571 orang setakat 6 petang, Jumaat. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news