KOTA BHARU – Cukai baharu yang mungkin diperkenalkan kerajaan diyakini tidak akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.
Ahli Dewan Negara, Husam Musa berkata, walaupun perincian mengenai cukai tersebut belum dijelaskan, tetapi ia tidak akan menyusahkan rakyat biasa.
“Kita semua tahu masalah kewangan negara sangat kronik. Walaupun perincian cukai baharu ini belum dinyatakan, tetapi saya yakin cukai ini tidak bebankan orang biasa, tidak bebankan rakyat yang berpendapatan rendah.
“Semasa sebelum jadi kerajaan, saya pernah bincang dengan Dr Mahathir, dan beliau kata ada banyak idea untuk negara dapatkan hasil dan pernah satu masa dulu beliau pernah kurangkan cukai import kepada barang yang diimport menyebabkan jualan meningkat dan dikenakan cukai jualan.
“Maknanya ada cara-cara yang kita boleh tingkatkan hasil tanpa menyusahkan rakyat. Walaupun namanya cukai, saya yakin orang berpendapatan rendah dikecualikan,” katanya