Satu kejadian tanah runtuh berlaku didepan rumah panjang Unsa Ak Bakar,Lubuk Antu sedalam 4 kaki dan 100 kaki panjang jarak dari depan rumah panjang.Dinding ruai rumah panjang didapati berlaku rekahan.
Pihak bomba meminta penduduk rumah panjang seramai 100 orang yang mempunyai 24 pintu menutup tanah tersebut dengan kenvas dan minta pihak JKR Bahagian Sri Aman untuk tindakan selanjutnya. Dan juga minta tuai rumah untuk memberitahu Bomba Betong sekiranya tanah runtuh tersebut berterusan.
Menurut Tr Unsa Ak Bakar perkara ini berlaku disebabkan hujan lebat mulai jam 8 malam Sabtu hingga awal pagi Ahad. Manakala Runtuh tersebut bermula awal jam 2 pagi Ahad menyebabkan penduduk rumah panjangnya menjadi takut.