Kuching, Ahad: orang awam gempar semalam apabila satu mayat lelaki lengkap berpakaian dijumpai terapung di sungai Sarawak berdekatan Pengkalan Jalan Ang Cheng Ho sekitar jam 1 pagi tadi.
Susulan daripada penemuan, pihak bomba telah dihubungi untuk mengangkat dan mengambil mayat berkenaan.
Hasil pemeriksaan pihak bomba, tiada dokumen seperti kad pengenalan ditemui. Setakat ini mayat telah dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya.