Ramai wakil Sabah, Sarawak dalam MA63 ambil kira keperluan – Azmin Ali 0 5652

GOMBAK: Keputusan untuk melantik lebih ramai perwakilan dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota Jawatankuasa Kabinet untuk menangani isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu mengambil kira keperluan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata untuk merombak anggota dalam jawatankuasa berkenaan, ia memerlukan perbincangan terlebih dahulu antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga antara tokoh menganggotai Jawatankuasa MA63 itu berkata, lagi pun kerajaan sudah pun melantik barisan jawatankuasa MA63 yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdasarkan perbincangan antara kedua-dua negeri itu.

“Keanggotaan (lantik majoriti wakil Sabah dan Sarawak) itu terpulang kepada keperluan dan perbincangan.

“Saya amat yakin perkara yang dibincang itu penting maka perwakilan dari Sabah dan Sarawak mesti ada.

“Keputusan itu telah pun dipersetujui namun jumlah itu tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Pemilihan PKR cabang Gombak dekat Dewan Sri Siantan, Sungai Tua pagi tadi.

Beliau mengulas berhubung gesaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang mahu majoriti ahli jawatankuasa MA63 dianggotai oleh wakil dari negeri itu termasuk Sabah.

Hal ini kerana, beliau bimbang wakil kedua-dua negeri yang tidak ramai dalam jawatankuasa itu boleh mempengaruhi keputusan bagi mengembalikan keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak.

Antara yang menganggotai jawatankuasa itu adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafee Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Turut menganggotai jawatankuasa itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah; Peguam Besar Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Peguam Besar Sabah, Zaleha Rose Pandin; Peguam Negara, Tommy Thomas serta Profesor Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menegaskan keanggotaan jawatankuasa untuk menyemak semula perjanjian 1963 ini sudah dipersetujui jemaah menteri Kabinet.

“Kita sendiri telah ambil pendirian supaya wakil dari Sabah dan Sarawak perlu ada dalam jawatankuasa ini dan telah pun dikenalpasti beberapa orang tokoh untuk menduduki jawatankuasa berkenaan.

“Saya percaya jawatankuasa ini dapat memberikan satu keyakinan baharu kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ini adalah komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan perjanjian 1963 itu dapat dilaksanakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah serta Sarawak,” katanya.-Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13023

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12494

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news