KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menumpaskan 38 sindiket ‘Love Scam’ dengan rangkaian antarabangsa yang mensasarkan golongan wanita kesunyian sebagai mangsa di Hong Kong, Singapura dan Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata sindiket itu menjadikan negara ini sebagai pusat operasi sebelum memperdayakan mangsa dengan ayat-ayat cinta.
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan tiga operasi di ketiga-tiga negara secara serentak bagi mencari dalang utama di sebalik sindiket berkenaan.
Amar Singh berkata hasil risikan operasi, polis menumpaskan 38 sindiket itu di negara ini melibatkan nilai kerugian dianggarkan RM28 juta yang didalangi dua lelaki warga Nigeria dan 16 individu warga tempatan serta seorang wanita warga China.
“Di Hong Kong, sindiket itu terlibat dalam 100 kes dengan nilai kerugian RM54.6 juta manakala di Singapura melibatkan lapan kes menyebabkan kerugian dianggar bernilai RM1.3 juta,” katanya dalam sidang akhbar mengenai kejayaan JSJK di sini hari ini.
Amar Singh berkata menerusi operasi bersepadu itu, pihak berkuasa Hong Kongmenahan 11 suspek sindiket itu di negaraberkenaan dan dua lagi ditahan pihak berkuasa Singapura.- Bernama