Tentera gagalkan penyeludupan barang terkawal di sempadan 0 6800

Serikin: Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) telah berjaya menumpas cubaan seludup barang terkawal ke sempadan Indonesia di Serikin

Pada 23 Okt 18, sebuah van yang dipandu seorang lelaki Warga Malaysia telah melalui Sekatan Jalan Raya di Pos Serikin.

Kenderaan tersebut berisi barangan kawalan dan dimaklumkan untuk dihantar ke sebuah kedai berhampiran Pos Serikin.

Pihak tentera seterusnya telah membuat intipan dan mendapati kenderaan berkenaan telah ditingalkan berhampiran kedai dan pemandu telah meninggalkan van tersebut.

Pada 24 Okt 18 anggota pengawal telah melihat sebuah lori (no. pendaftaran Indonesia) dari sempadan Indonesia telah menghampiri van dan pemandu van telah memunggah barangan kawalan dari van ke bahagian belakang lori.

Pihak tentera seterusnya membuat serbuan dan berjaya menahan pemandu van manakala 2 lagi warga Indonesia telah berjaya melarikan diri memasuki sempadan Indonesia.

Hasil maklumat awal, barangan tersebut dibawa mengunakan van bagi megaburi pihak berkuasa dan seterusnya barangan tersebut akan dipindahkan ke kenderaan lain untuk di seludup ke Indonesia.

Barangan kawalan yang dirampas adalah Beras 10 kg 53 kampit, Minyak Masak 6 kotak, Baja 10 kotak, Gula 50 kg 10 guni, Tepung Gandum – 28 kotak.

Manakala Lain-lain barang adalah seperti Milo 39 Bungkus, Telur 15 papan, Biskut Kering 9 bungkus, Pengecas Bateri dan Telefon Bimbit Jenama Nokia 2 kotak dan Bawang Putih 57 Guni.

Turut dirampas 2 buah kederaan iaitu sebuah Van Toyota dan sebuah Lori Isuzu.

Nilai Rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 69,889.00.

Pihak tentera seterusnya telah membuat laporan polis dan menyerahkan suspek dan barang rampasan di Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya.

Sunber: Sel Perhubungan Raya 1 Divisyen

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news