Dua lelaki hilang selepas ambil upah mengecat 0 19603

KUCHING: Dua lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dapat dihubungi keluarga pada Selasa lepas.

Nur Lyliana Said iaitu isteri kepada Mohd Syazwan Mazalan yang dilaporkan hilang berkata suami bersama abangnya (Mohd Izzuwandi Said) terdahulu mengambil upah mengecat meja di sebuah restoran di Tebingan Kuching pada hari yang sama.

“Selesai sahaja mengecat, mereka kemudian pergi untuk mengambil gaji daripada seseorang berdekatan dengan bangunan Sarawak Energy Berhad (SEB) di Pending.

“Bagaimanapun selepas itu, mereka terus tidak dapat dihubungi sehingga sekarang (hari ini),” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambahnya juga, kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal bernombor plat QCD766.

Laporan polis berhubungan kehilangan kedua-dua mereka dibuat di Balai Polis Gita sekitar pukul 8.00 pagi hari ini.

“Kami sekeluarga difahamkan polis telah memeriksa dengan pihak hospital dan tiada pesakit didaftarkan atas nama suami dan abang saya,” katanya.

Usaha mencari kedua-dua mangsa kini juga sedang giat dijalankan oleh ahli keluarga mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua mangsa boleh menghubungi Nur Lyliana di talian 012-8088479 atau berjumpa dengan keluarga mereka di Bandar Baharu Semariang, Petra Jaya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news