Terlalu gembira dan terlalu gementar mungkin itulah yang menyebabkan ratu cantik dari Paraguay pengsan sebaik diumumkan sebagai pemenang pertandingan Miss Grand International 2018 baru-baru ini.
Dalam majlis pengumuman yang penuh debaran, ratu Paraguay itu, Clara Sosa dikatakan menjawab dirinya terlalu gementar seperti diserang sakit jantung sebelum detik pengumuman kepada pengacara acara itu.
“Saya rasa anda kena panggil doktor kerana saya hampir kena sakit jantung sekarang,” katanya.
Walhal, para penonton di dalam majlis mahupun mereka yang menontonnya secara talian terkejut sebentar melihat wanita muda itu benar-benar rebah di atas pentas sebelum sempat menerima pelukan dari pesaingnya dari India, Meenakshi Chaudhary yang dinobatkan pemenang tempat kedua.
Difahamkan tiada apa-apa yang buruk berlaku, malah Clara bankit semula dalam beberapa minit dan menyambung ‘catwalk’ sebagai Miss Grand International 2018 yang baharu.
Para krew segera mendapatkan Clara untuk memberi bantuan kecemasan dan mujur semuanya kembali normal selepas wanita itu bangun tanpa sebarang kecederaan.
Dalam sesi soal jawal, Clara menjawab akan melawat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan memohon supaya beliau menjadi contoh keamanan, kasih sayang dan teleransi dan mengaku akan memperjuangkan anti keganasan dan penamatan peperangan yang berlaku di dunia. – Free Malaysia Today