Tentera Zionis terus bunuh penduduk Palestin 0 5771

GAZA CITY: Seorang warga Palestin menjadi mangsa pembunuhan terbaru tentera Zionis dalam pertempuran di sempadan Gaza hari ini, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang ditadbir Hamas itu.

Mohammed Abu Abada, 27, ditembak di dada dalam bantahan sepanjang sempadan berhampiran Beit Lahia di utara Gaza, kata jurucakap kementerian.

Jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 3,000 penduduk Palestin berkumpul di sepanjang pantai dan pagar sempadan di utara Semenanjung Gaza.

Menurutnya, mereka membaling tayar yang terbakar selain melempar batu dan peranti letupan ke arah anggota tentera dan pagar antara Israel dan Gaza.

“Tentera bertindak dengan cara menyuraikan rusuhan dan menembak mengikut prosedur operasi biasa,” katanya.

Sekurang-kurangnya 218 penduduk Palestin menjadi korban peluru tentera Zionis di Gaza sejak bantahan bermula lewat Mac lalu.

Majoriti ditembak ketika bantahan di sepanjang sempadan, walaupun ada terkorban akibat serangan pesawat atau tembakan kereta kebal. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news