Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air diteruskan 24 jam 0 6022

JAKARTA: Operasi mencari pesawat LionAir yang terhempas di perairan Tanjung Karawang akan diteruskan selama 24 jam, dan pasukan mencari dan menyelamat telah menemui sembilan mayat, setakat ini.

Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik media Indonesia, telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24jam.

“Saya perintahkan malam ini juga tetap bekerja 24 jam menggunakan lampu untuk mempercepatkan pencarian, terutama badan pesawat,” katanya seperti dipetik dalam laporan media Indonesia.

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata operasi mencari bangkai pesawat itu ketika ini melibatkan pasukan tentera, polis dan Basarnas, menggunakan 14 kapal peronda dan dua helikopter.

“Setakat 8.30 malam waktu Indonesia barat, operasi menyelam telah dihentikan,namun operasi mencari pesawat akan diteruskan 24 jam, operasi 24 jam itu akan dilakukan selama tujuh hari di perairan itu,” katanya.

Beliau berkata setakat 8.30 malam ini, sebanyak sembilan mayat telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat, dan dihantar ke hospital untuk tujuan mengenal pasti identiti.

“Dalam operasi mencari hari ini, pasukan mencari dan menyelamat turut menemui beberapa serpihan dipercayai milik pesawat itu, dan barang-barang milik penumpang pesawat berkenaan,” katanya.

Penerbangan JT610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin,

ShintiaMelina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata,Mery Yulianda, dan Deny Maula. Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat.

Sementara itu Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan mengesahkan tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat berkenaan.

“Pihak kedutaan telah mendapat butiran terperinci, setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit,” katanya.

Pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang adalah sebuah pesawat baharu yang mula melakukan operasi penerbangan pada 15 Ogos tahun ini.Menurut laporan media Indonesia, pesawat itu sebelum itu berlepas dari Denpasar, Bali ke Jakarta, dan dilaporkan menghadapi masalah teknikal, namun masalah itu telah ditangani sebelum melakukan penerbangan ke Pangkal Pinang.- Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news