Warga emas cedera setelah dilanggar kereta di Spaoh 0 6502

SPAOH: Seorang warga emas dikhuatiri patah kaki sebelah kanan dan mengalami kecederaan di kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Kampung Baru dekat sini, semalam.

Mangsa, Sariaiee Laili, 65, dikatakan sedang menunggang motosikal apabila dilanggar sebuah kereta menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Kapten (PA) Usman Harto memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 7 pagi.

“Sejurus itu anggota kami bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan untuk memberi bantuan.

“Anggota kami, Skuad Asto yang terdiri daripada tiga anggota telah menaiki ambulans menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” jelas beliau.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news