Subsidi petrol kereta mewah: Jangan haraplah, kata Guan Eng 0 5695

BELANJAWAN 2019 | Mekanisme untuk memberikan subsidi bersasar untuk pemilik kenderaan terpilih sedang diusahakan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun Lim membayangkan hanya pemilik kenderaan tertentu saja yang akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan, manakala segmen lain perlu mendapatkan bahan bakar itu pada harga pasaran.

Kata anggota parlimen Bagan itu pada asalnya kerajaan mengehadkan subsidi 30sen itu kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah – atau turut dikenali sebagai B40 – saja.

Namun kata Lim kerajaan kemudian berpendapat ada keperluan untuk memperluaskan subsidi tersebut kepada kelompok yang leih besar.

“Oleh sebab itu kerajaan nak buat kajian macam mana (subsidi) ini dapat dilaksanakan.

“Tetapi saya nak tegaskan di sini bahawa, yang gunakan kereta mewah, jangan haraplah…” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Lim mengumumkan pemilik kereta berkuasa 1,500cc dan motosikal 125cc dan ke bawah akan diberikan subsidi 30 sen, masing-masing untuk 100 liter dan 40 liter sebulan.

Dianggarkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar berkenaan.

Bagaimanapun hanya sebuah kereta atau motosikal bagi seorang pengguna diberikan subsidi tersebut. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news