Bayi perempuan lahir dalam jentera EMRS bomba di Petrajaya 0 6597

KUCHING: Seorang ibu yang sarat mengandung melahirkan bayi perempuannya di dalam jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) milik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, sekitar pukul 6.30 pagi Khamis.

Pegawai Perhubungan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak Muhd Mirza Dzalmira Mira berkata wanita terbabit tiba di pekarangan balai bomba tersebut bersama keluarganya dengan menaiki sebuah kereta.

“Ibu wanita mengandung terbabit meminta pertolongan untuk membawa anaknya yang sarat mengandung ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Bagaimanapun, belum sempat jentera EMRS membawanya ke HUS, wanita terbabit melahirkan anaknya yang disambut oleh anggota EMRS BBP Petra Jaya,” katanya.

Ini merupakan kali pertama bayi dilahirkan dalam jentera EMRS Bomba Petra Jaya.Bayi terbabit bersama ibunya kemudian terus dirujuk ke HUS untuk tindakan selanjutnya.

Bayi tersebut merupakan anak kedua pasangan Mohd Rayyan dan Nurul Jasmine Abdul Malik. Difahamkan bayi tersebut belum diberi nama.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news