Polis tahan sepasang suami isteri kerana edar dadah bernilai RM81,656 di Merdang Garden, Kota Samarahan 0 7810

Kota Samarahan: Sepasang suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam pengedaran dadah jenis syabu di Merdang Garden sekitar jam 1.10 petang semalam.

Menurut info awal, pihak polis telah membuat serbuan keatas rumah yang didiami oleh suspek selepas mendapat maklumat dan risikan yang telah dijalankan sebelum ini.

Susulan daripada serbuan tersebut, polis telah menahan seorang suspek lelaki yang berumur 37 tahun dan berasal dari Jalan Batu Kitang. Suspek ditahan ditempat letak kereta, manakala suspek kedua yang juga isterinya berusia 36 tahun ditahan didalam rumah.

Hasil pemeriksaan pihak polis di dalam rumah, telah menjumpai dan merampas 32 paket plastik lutsinar di dalamnya yang berisi ketulan-ketulan kristal yang disyaki
dadah jenis syabu seberat 472.30gram dan 1 beg plastik berwarna perak di dalamnya terdapat 1 plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 72.07gram.

Angaran keseluruhan berat syabu yang dieampas adalah 544.37 gram. Manakala nilai rampasan kesemua dadah jenis syabu RM81,656

Selain itu pihak polis juga telah menyita 3 buah kereta kepunyaan suspek iaitu sebuah Toyota Estima yang bernilai RM60,000, sebuah Isuzu D-Max bernilai RM60,000
dan sebuah Perodua Myvi bernilai RM3,000. Turut dirampas adalah sejumlah wang tunai RM9,600, seutas gelang tangan emas bernilai RM4, 800. Jumlah keseluruhan yang disita adalah RM169,080

Menurut info lagi hasil pemeriksaan ujian air kencing, suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine. Manakala ujian air kencing suspek wanita adalah negatif dadah.

Setakat ini kedua-dua suspek telah pun ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. – Kamek Miak Sarawak

Kereta suspek yang disita oleh pihak polis

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13002

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12475

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news