Sibuk main WhatsApp, FB antara punca bercerai 0 6412

SIBUK berWhatsApp dan media sosial lain seperti Facebook (FB) antara punca tertinggi permohonan cerai di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Aminolhuda Hassan, berkata leka dalam dunia siber dikatakan punca pasangan berkahwin tidak berpuas hati dan merujuk kes ke Mahkamah Syariah.

“Bagaimanapun, pengabaian tanggungjawab dan nafkah masih lagi punca utama perceraian di negeri ini.

“Berikutan itu, semua pasangan perlu sedar kewujudan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi menjaga hak dan mengelak pengabaian pasangan dan anak.

“Biasanya isteri menjadi mangsa penderaan… ada yang ditampar atau dipukul, namun sejak kebelakangan ini kita ada menerima aduan lelaki menjadi mangsa termasuk digigit pasangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penjelasan Isu-Isu Kekeluargaan Islam Tahun 2018 di Jabatan Pendidikan Negeri di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharuddin Sharif.

Aminolhuda berkata, selain itu ada kes remeh seperti tidak membuat minuman panas dijadikan alasan untuk meminta perceraian.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 3,801 aduan berkaitan pasangan suami isteri diterima Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan sebanyak 872 kes dibawa ke Mahkamah Syariah.

Berikutan itu, katanya, pasangan suami isteri bukan saja diingatkan supaya banyak bersabar, malah menerima pasangan masing-masing seperti mereka mula bercinta. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news