Penunggang motosikal cedera dihempap lori tanah di Matang 0 7223

Kuching: Seorang penunggang motosikal cedera setelah dihempap oleh sebuah lori tanah dalam satu kemalangan di Jalan Taman Malihah Matang sekitar jam 11.20 pagi tadi.

Menurut info awal lori 10 Tan yang membawa muatan tanah tersebut terbalik dan turut menghempap dia buah kereta iaitu sebuah Produa Myvi dan Produa Kancil.

Susulan daripada kemalangan, pihak bomba telah dihubungi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat dihempap lori tersebut.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dan kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini punca kemalangan masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news