Kuching: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Kuching-Kota Samarahan petang tadi.
Menurut info awal penunggang motosikal yang berasal dari Kampung Meranek tersebut maut serta merta ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Setakat ini punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan mayat telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya- Kamek Miak Sarawak