Sarawak sepatutnya dah maju – Dr Mahathir 0 13497

BINTULU: Sarawak sepatutnya sudah menjadi antara negeri termaju di Malaysia sekiranya Kerajaan Sarawak memanfaatkan sepenuhnya hasil serta kekayaan dengan baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi apa yang berlaku katanya agak mengecewakan kerana meskipun sudah lebih 50 tahun menyertai Malaysia, taraf kehidupan di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar, rata-ratanya masih lagi daif serta ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dinegara ini.

“Saya dapat merasakan bahawa sesuatu yang tidak telus dan terdapatnya ketirisan dalam pengurusan serta pengagihan kekayaannya sehingga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini sejak dahulu hingga sekarang, “ ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak yang diadakan bertempat di Padang Dewan Suarah Bintulu.

Mahathir memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian BERSATU SarawakJelasnya, keadaan sebeginilah yang menimbulkan ketidakpuasan dalam hati rakyat di Negeri Sarawak selama ini, sehingga melumpuhkan keyakinan rakyat di negeri ini terhadap kepimpinan BarisanNasional (BN) dan keluar dari komponen parti berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan perbelanjaanyang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang yang lebih RM11 Bilion baru-baru ini, yang merupakan bajet tertinggi antara semua negeri.

“Kalau perbelanjaan itu diagihkan secara adil dan tidak berlakunya penyelewengan,kenapa masalah kemiskinan masih lagi membelenggu penduduk di negeri ini,” soal beliau.

Dr Mahathir memberi contoh akan lawatan BERSATU ke Rumah Man di Batu20 Jalan Bintulu – Miri siang tadi, yang mana tidak ada bantuan sewajarnya diberikan meskipun sudah dua tahun rumah panjang berkenaan musnah dalam kebakaran.

“Kes ini kita sifatkan sebagai salah satu bentuk ketirisan dalam perbelanjaan dalam kerajaan negeri yang mana bantuan sewajarnya tidak disalurkan buat mangsa terjejas dengan telus,” ujarnya.

Beliau berharap agar kerajaan negeri lebih bijak dan telus dalam menggunakan perbelanjaan negeri bagi membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa dengan pelancaran Bersatu di negeri ini telah membuka arena politik baru.

“Parti BERSATU diyakini akan dapat berkembang dengan dengan baik di negeri ini berikutan sambutan menggalakkan dari rakyat di negeri ini,” ujarnya lagi.

Hadir sama, penyelaras Parti BERSATU Negeri Sarawak Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf, Timbalan Presiden Parti BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Srikandi Parti BERSATU Datuk Seri Rina Mohd Harun. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news