Adib tunjuk tanda ‘baik’ – Najib 0 6320

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima isyarat tangan tanda ‘baik’ daripada Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Najib berkata ketika itu, Muhammad Adib seolah-olah mengetahui beliau akan melawatnya hari ini.

“Dia sedar, tak boleh cakap tapi boleh dengar.

“Hari ini adalah hari yang baik kerana Muhammad Adib buat pertama kali menunjukkan isyarat ‘baik’,” katanya ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Rosmah mendoakan anggota bomba itu segera sembuh supaya dapat meneruskan majlis perkahwinannya pada 21 Disember ini tanpa sebarang halangan.

“Saya tengok dia tadi, sudah boleh angkat tangan.

“Saya sebagai seorang ibu faham apa yang dilalui ibu dan tunang mangsa, memang rasa sedih.

“Jadi mari kita sama-sama doakan Adib cepat pulih,” katanya.

Terdahulu, Najib dan Rosmah yang tiba pada jam 11 pagi meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi mangsa di IJN, di sini.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, minggu lalu. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news