KABONG: kanak-kanak yang dilaporkan jatuh dari jeti di Pekan Kabong masih lagi gagal ditemui. Setakat ini operasi mencari mangsa yang dikenali sebagai Nur Shahadah Fatihah Iman, 10, dari Kampung Hilir Laut sedang dipergiatkan oleh pihak penyelamat.
Menurut info dari pihak bomba, jumlah anggota bomba yang mencari dan menyelamat telah ditambah hari ini sebanyak 52 orang menggunakan 11 buah bot.
Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Anggota Pertahanan Awam, Polis, Rela, PIBG SK Abg Leman Kabong, Community Emergency Response Team (CERT) Kabong dan penduduk kampung. -Kamek Miak Sarawak