Suami putus kaki, isteri cedera parah 0 6108

KUCHING: Pasangan suami isteri cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Sedaing Lundu petang semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, insiden itu berlaku sekitar jam 6.40 petang di Jalan Kampung Sedaing, Lundu.

“Pada 27 Disember sekitar jam 6.40 petang, satu kes kemalangan jalan raya telah berlaku mengakibatkan sepasang suami isteri cedera parah di Jalan Kampung Sedaing, Lundu.

“Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta yang datang dari arah Kampung Jangkar, Lundu bertembung dengan motorsikal yang dinaiki pasangan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexson memberitahu, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang suami mangsa, 45, dirempuh kereta terbabit yang datang dari arah Kampung Jangkar.

Ekoran kemalangan itu, si suami putus kaki kanan manakala isterinya berusia 45 tahun cedera parah.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tengah kemudiannya dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news