Kanak-kanak berusia empat tahun mati ketika makan buah rambutan di Stutong 0 7476

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mati ketika sedang makan buah rambutan di Stutong sekitar jam 9 malam semalam.

Mangsa sebelum kejadian dikatakan sedang makan buah rambutan dan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas. Mangsa kemudian batuk dan muntah darah. Selepas kejadian tersebut mangsa dilaporkan pengsan. Menurut info mangsa juga dipercayai mempunyai sejarah menghidap asma.

Susulan dari kejadian ahli keluarga mangsa kemudian menghantar mangsa ke sebuah hospital pakar swasta untuk memyelamat mangsa. Namun usaha menyelamatkan mangsa gagal.

Setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13913

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news