AADK cadang penagih serah diri tidak masuk rekod jenayah 0 6693

MELAKA: Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) mencadangkan agar penagih dadah termasuk golongan remaja yang menyerah diri untuk menjalani proses pemulihan tidak akan disenaraikan dalamrekod jenayah berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AADK Dr Sabri Zainudin Zainul berkata inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan lebih ramai penagih dadah mendapatkan rawatan sekali gus sebagai pencegahan awal melepaskan diri mereka daripada belenggu dadah.

Beliau berkata ia juga memberi peluang kedua dan melindungi penagih dadah khususnya remaja agar masa hadapan mereka tidak terjejas dengan rekod berkenaan.

“Cadangan ini akan diusulkan Ketua Pengarah AADK kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas dibincangkan di peringkat jawatankuasa peringkat daerah negeri.

“Kita menggalakkan golongan ini terutama remaja atau pelajar sekolah untuk menyerah diri bukan untuk dihukum tetapi dibantu agar bebas dari belenggu dadah,” katanya ketika ditemui pada Program Kayuhan Perdana Perangi Dadah Habis-habisan anjuran AADK di sini, semalam.

Program kayuhan berkenaan disertai kira-kira 680 orang hampir meliputi laluansepanjang 25 kilometer bermula di Stadium Hang Jebat dan pelepasan peserta disempurnakan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Mengulas lanjut, Sabri berkata sebanyak 605 kes penagihan gam direkodkan sejakJan hingga Okt lepas dan kebanyakan mereka adalah golongan remaja termasuk pelajar sekolah.

Beliau berkata kebanyakan pelajar sekolah terdedah dengan aktiviti penagihan gam bermula dengan perbuatan menghidu pemadam getah selain terpengaruh dengan rakan sebaya, sikap ingin mencuba dan tiada jati diri yang tinggi dalam diri mereka.

“Tiadanya akta khas bagi mengambil tindakan terhadap individu menyalahgunaatau menghidu gam turut menjadi faktor kegiatan itu sukar dibendung.

AADK berharap kepada kerajaan mewujudkan akta khusus bagi menangani penyalahgunaan bahan sedutan atau inhalan termasuk gam,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Sambutan Bulan Antidadah akan dilaksanakan selama sebulan di setiap negeri bermula tahun hadapan.

Katanya sambutan berkenaan dijangka dilancarkan pada Feb tahun hadapan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk AADK, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia di setiap negeri.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan membanterasaktiviti dadah dan memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan mencapai sasarkan kerana sebelum ini sambutan berkenana dilakukan sehari sahaja,” katanya. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news