Jururawat dari Padawan rugi RM6,000 diperdaya ‘Macau Scam’ 0 6416

KUCHING: Penipuan Macau Scam membabitkan masyarakat negeri ini terus berlaku, walaupun nasihat dan peringatan sering kali diberikan oleh pihak berkuasa khususnya polis agar tidak menjadi mangsa kepada sindiket tersebut.

Kes terbaharu ialah melibatkan seorang mangsa wanita di Padawan, berusia 35 tahun dan bekerja sebagai jururawat yang mengalami kerugian RM6,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 25 November, setelah diperdaya menggunakan modus operandi Macau Scam.

Menjelas lanjut, beliau berkata pada 23 November lalu, mangsa menerima panggilan dan pesanan WhatsApp dari seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fazura, dengan memberitahu mangsa mempunyai saman tertunggak yang perlu dibayar segera sebelum diambil tindakan.

Untuk pengesahan saman tersebut katanya, panggilan mangsa disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai Sarjan Mark yang memberitahu mangsa perlu segera membayar saman berjumlah RM6,000.

“Mangsa yang telah diperdaya, memasukkan duit berjumlah RM6,000 ke dalam akaun Maybank suspek atas nama Nur Aeffariesha,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news