Abang Jo pengerusikan mesyuarat JK rundingan MA63 Sarawak 0 6089

Satu mesyuarat Jawatankuasa Perundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diadakan pada Khamis ini bagi membincangkan langkah-langkah untuk mendapatkan kembali hak-hak Sarawak di bawah MA63.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang Wong Soon Koh berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Abang Johari Openg.

“Pada 3 Januari 2019 nanti ketua menteri akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan mengenai MA63 untuk membincangkan bagaimana kita boleh bekerja keras untuk mendapatkan semula hak-hak Sarawak,” katanya tanpa memperincikan secara lebih lanjut.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ambang 2019 di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang di Sarawak malam tadi.

Selain menteri-menteri kerajaan negeri Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), jawatankuasa yang ditubuhkan pada 6 November lepas itu turut dianggotai oleh dua anggota mewakili parti Pakatan Harapan (PH) Sarawak iaitu See Chee How (Adun Batu Lintang) dan Irene Chang (Adun Bukit Assek).

Wong berkata, Sarawak sedar PH sebaik sahaja mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu berjanji untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan mengiktiraf Sarawak merupakan satu daripada komponen Persekutuan Malaysia.

Sehubungan itu katanya, negeri ini melahirkan harapan supaya kerajaan PH menunaikan janji-janji mereka berhubung hak-hak di bawah MA63.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, Sarawak turut menerima kesan daripada keadaan kemelesetan ekonomi masa kini dan ia dijangka berlanjutan sehingga tahun 2020.

“Sekarang industri perkayuan, pengeluaran produk perkayuan mencatatkan penurunan setiap tahun. Pada tahun-tahun sebelum ini kutipan royalti sumber-sumber perkayuan adalah sekitar RM800 juta.

“Tetapi sekarang ia sudah berkurangan 50 peratus, sekarang kita hanya boleh kutip kira-kira RM400 juta malah kurang daripada itu,” jelasnya.

Turut mengharungi kesukaran akibat keadaan ekonomi itu ialah industri minyak sawit, pembuatan kapal dan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news