KUCHING: Kisah anak kecil berumur tujuh tahun yang mahu membeli pensil warna kepada rakan-rakannya yang miskin telah mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Setiausaha Sulit Kanannya, Wan Khalik Wan Mohamad, Ketua Menteri pada hari tersebut telah menemui dan melayan permintaan kanak-kanak terbabit.
βYa, beliau ada menghulurkan sedikit wang,β katanya yang enggan menyatakan jumlah.
Kanak-kanak terbabit, Muhd Aimy, murid tahun satu Waja, Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sebelum itu mengikut ibunya ke Seminar Perpaduan Ummah 2018 di Kompleks Islam Sarawak pada Jumaat lepas.
Beliau berpeluang berjumpa dan bersalam dengan Abang Johari seraya menyampaikan nota tersebut, yang kemudian menjadi viral.
Ia setelah nota menyentuh perasaan itu dimuat naik oleh ibunya ke dalam akaun facebook, bersama-sama gambarnya yang berlatar belakangkan Ketua Menteri itu. βSarawakvoice