Abang Jo temui dan layani adik Muhd Aimy, hulur wang untuk beli pensil warna bagi kawannya yang miskin 0 5535

KUCHING: Kisah anak kecil berumur tujuh tahun yang mahu membeli pensil warna kepada rakan-rakannya yang miskin telah mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Setiausaha Sulit Kanannya, Wan Khalik Wan Mohamad, Ketua Menteri pada hari tersebut telah menemui dan melayan permintaan kanak-kanak terbabit.
β€œYa, beliau ada menghulurkan sedikit wang,” katanya yang enggan menyatakan jumlah.
Kanak-kanak terbabit, Muhd Aimy, murid tahun satu Waja, Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sebelum itu mengikut ibunya ke Seminar Perpaduan Ummah 2018 di Kompleks Islam Sarawak pada Jumaat lepas.
Beliau berpeluang berjumpa dan bersalam dengan Abang Johari seraya menyampaikan nota tersebut, yang kemudian menjadi viral.
Ia setelah nota menyentuh perasaan itu dimuat naik oleh ibunya ke dalam akaun facebook, bersama-sama gambarnya yang berlatar belakangkan Ketua Menteri itu. –Sarawakvoice
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13487

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news