Abang Jo umum semua jambatan di Sarawak adalah tanpa tol 0 5956

BINTULU:Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Kuala Kemena, Jepak Bintulu petang ini tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa kos membina jambatan daripada dua (2) lorong adalah sebanyak RM250 juta manakala tambahan kepada empat (4) lorong kos pembinaan jambatan ini telah menelan kos sebanyak RM467 juta.

Ujarnya lagi, jaringan pembukaan kawasan baru di luar bandar ini dapat membuka peluang dari aspek pertanian mahupun pelancongan. Selain itu, Ketua Menteri juga berkata pusat pentadbiran dari Bintulu akan berpindah ke Jepak dengan adanya Pejabat Residen yang akan dipindah ke Kampung Jepak.

Ketua Menteri juga telah menyampaikan Surat Setuju Terima Projek kepada kontraktor yang berkaitan seterusnya menyempurnakan acara simbolik perasmian acara pecah tanah berkenaan.

Dalam sidang media selepas merasmikan Projek Jambatan Kuala Kemena, Ketua Menteri juga, sekali lagi menyatakan bahawa semua jambatan yang terdapat di Sarawak adalah tanpa tol.

Hadir sama ketika majlis perasmian adalah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Insfrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, Datuk Julaihi bin Haji Narawi dan beberapa kenamaaan lain. – Sarawakku

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13198

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12662

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news