Cubaan seludup keluar dadah melalui Lapangan Terbang Miri dipatahkan 0 5996

MIRI: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya mematahkan cubaan membawa keluar dadah seberat 723.66 gram, disembunyikan dalam paket kopi segera 3-dalam-1 yang dibawa oleh seorang penumpang di Lapangan Terbang Miri di sini, pada pukul 6.20 pagi tadi.

Suspek, seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun, cuba membawa dadah berkenaan yang disembunyikan dalam bungkusan kopi segera dan di dalamnya mengandungi 14 paket kecil kopi segera 3-dalam-1, menggunakan penerbangan terawal ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa beg troli berwarna hitam yang dibawa suspek diimbas bagasi di Lapangan Terbang Miri, petugas mendapati sesuatu yang mencurigakan dan kemudian menghubungi BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan lanjut polis ke atas beg troli yang dibawa suspek, menemui 14 paket kopi segera dengan masing-masingnya berisi ketulan-ketulan ketamin dengan berat kasar 723.65 gram.

Turut dirampas ialah dua helai baju milik suspek masing-masing berwarna hijau dan hitam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini mengesahkan penangkapan suspek dengan nilai rampasan dianggarkan RM72,000.00.

“Polis juga turut menyita rantai emas milik suspek yang dianggarkan bernilai RM5,100,” katanya sambil menambah suspek dibawa ke IPD Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi kes berasingan, Sahar berkata polis BSJND Miri turut menahan seorang lelaki warga tempatan, berusia 35 tahun, yang disyaki terbabit dengan kes pengedaran dadah di sini.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, pada 18 Julai lalu, 8.30 malam, sepasukan polis dari BSJND Miri telah menahan suspek di kawasan letak kereta, di pusat komersial Waterfront Miri.

“Hasil pemeriksaan badan, pasukan polis menjumpai 20 papan pil warna merah/perak yang disyaki dadah jenis nimetazepam dianggarkan seberat 53.30 gram, dalam genggaman tangan suspek,” katanya.

Turut ditemui ialah satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi ketulan-ketulan disyaki dadah jenis ketamine, dianggarkan seberat 51.05gram katanya sambil menambah, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam serbuan itu adalah RM10,100.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Siasatan lanjut polis juga mendapati kedua-dua suspek di atas tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. – Utusan Borneo Online

Dadah yang dirampas daripada suspek kedua di pusat komersial Waterfront Miri, malam 18 Julai lalu.
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13198

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12662

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news