Abang Johari beri perhatian serius isu berkaitan masyarakat Iban 0 5951

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abang Johari Tun Openg berkata beliau prihatin dan memberi perhatian serius terhadap isu berkaitan masyarakat Iban seperti yang dikemukakan melalui resolusi Simposium Budaya Iban 2018 di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kerajaan pimpinannya mengamalkan kepemimpinan kolektif.

Jelasnya, bukan beliau seorang sahaja yang membuat keputusan, tetapi seluruh anggota kabinetnya, termasuk isu berkaitan masyarakat Iban di negeri ini.

“Jika sesuatu itu tak sesuai, kami akan ubah suai supaya menepati aspirasi rakyat,”’ katanya.

Beliau menekankan bahawa kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berusaha untuk menyelesaikan isu reformasi tanah.

Gambar fail
“Saya setuju kita perlu lebih banyak dana untuk lakukan survei bagi tanah NCR yang belum lagi disukat,” katanya.

Abang Johari menggesa pemilik tanah NCR agar memajukan tanah mereka, dan tidak membiarkannya, dengan menjalankan aktiviti pertanian menggunakan teknologi baharu.

Jika pemilik tanah berkenaan tahu akan nilai ekonomi tanah mereka, ia tentu dapat menambah kekayaan mereka, ujarnya.

Abang Johari semalam sekali lagi mengulangi Bajet 2019 yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri awal bulan depan akan menyaksikan satu rekod baharu.

Pada tahun lalu, kerajaan Sarawak telah membentangkan Bajet berjumlah RM8 bilion – terbesar di negara ini.

Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kerana berjaya menganjurkan simposium berkenaan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news