Pesawat Lion Air terhempas, Juruterbang minta kebenaran berpatah balik sebelum nahas 0 6213

JAKARTA : Pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi tadi cuba berpatah balik ke ibu negara selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pejabat kawalan trafik udara.

Ia bagaimanapun terputus hubungan 13 minit selepas meninggalkan lapangan terbang sebelum disahkan terhempas di lautan.

Rakaman video di lokasi kejadian turut menunjukkan kesan tumpahan minyak pada permukaan air.

Jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho memuat naik foto itu di Twitter termasuk apa yang dilihat sebagai gelongsor kecemasan dan beberapa serpihan telefon bimbit.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) Yusuf Latif berkata, pihak berkuasa masih berusaha mengesan bangkai pesawat yang terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan) ketika sedang dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di kepulauan Bangka.

“Pesawat itu memohon kebenaran untuk pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar,” katanya dalam satu kenyataan.

Laman web Flightradar ketika mengesan perjalanan pesawat dipercayai dari jenis Boeing 737 itu memberitahu ia membuat pusingan ke selatan untuk berlepas dan menuju ke bahagian utara sebelum berakhir mendadak di Laut Jawa.

Indonesia banyak bergantung kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan pulau di negara itu namun rekod sistem keselamatan yang buruk menyebabkan ia sering kali berdepan dengan tragedi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news