SIBU: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan “walkabout” di Pasar Sentral Sibu pada pagi tadi.
Beliau diiringi isteri, Datuk Patinggi Hajah Jumaani Tunku Bujang.
Selepas melawat Pasar Sentral Sibu, Abang Johari mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menaik taraf Pasar Sentral Sibu.
Abang Johari berkata demikian sewaktu memberikan ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sibu dan Lanang di sebuah hotel terkemuka di sini sebentar tadi.
Abang Johari berkata: “Pasar Sentral Sibu merupakan pasar yang terbesar dan suka saya umumkan peruntukan sebanyak RM3 juta.
Sewaktu saya lawat tadi, saya ada tengo bocor sia sitok, jadi saya umumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menaik taraf Pasar Sentral Sibu.”
Ketua Menteri bersarapan sempat bersama rakyat di Pasar Sentral Sibu.
Turut hadir, calon Barisan Nasional bagi Parlimen Lanang dan Sibu, Kelvin Kong dan Andrew Wong, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E Dagang, Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaie, ADUN Dudong , Datuk Tiong Thai King serta beberapa kenamaan lain.
Sebelum ini, Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah berkunjung ke Pasar Sentral Sibu. — Sarawakvoice