Dipenjara kerana palsukan penyata bank, kontraktor menangis sebaik tangan digari di Kuching 0 5760

KUCHING: Seorang kontraktor gagal menahan sebak, sebaik tangannya digari untuk dibawa ke penjara di Mahkamah Kuching pagi ini.

Ia berlaku setelah beliau mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan dokumen, sewaktu mengemukakan borang tender kepada Jabatan Pendidikan Sarawak.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong, tidak mengambil masa yang lama untuk menjatuhi hukuman penjara tujuh hari, dan denda RM10,000 terhadapnya selepas membuat pengakuan.

Terdahulu, Daut Mutang, 54 tahun terbang dari Lawas untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 471, Kanun Keseksaan, yang dihukum di bawah Seksyen 465 Akta yang sama.

Menerusi pertuduhan yang dibacakan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikhwan Mohd Ibrahim, Daut sebagai pemilik syarikat Ritan Enterprise didakwa mengubah penyata akaun Maybank bertarikh 30 April 2013 menerusi transaksi mesin tunai berjumlah RM700 kepada transaksi deposit cek bernilai RM80,700.

Beliau turut mengubah baki penyata akaun bank tersebut pada tarikh sama daripada RM1,017.94 kepada RM81,017.94.

Pengubahan penyata akaun ini bertujuan membolehkan beliau mengemukakan dokumen sokongan untuk tender Jabatan Pendidikan Sarawak, bagi melaksanakan khidmat pembersihan bangunan di semua sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.

Pada 17 September 2013, borang tersebut telah dibuka oleh jawatankuasa tender dan pada 13 Disember, syarikat miliknya telah diumumkan berjaya untuk Daerah Lawas.

Berdasarkan maklumat yang diterima, siasatan telah dimulakan oleh pihak SPRM termasuk terhadap dokumen bukti yang dimaksudkan, yang seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada jam 2 petang 23 April lalu.

Penahanan tertuduh dilakukan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13551

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news