Abang Johari janji masa depan Sarawak terus cerah 0 5640

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berjanji untuk memastikan masa depan Sarawak terus cerah dan pembangunannya menyeluruh dan pesat bagi memenuhi keperluan 2.7 juta rakyat di negeri ini.

Menurut Abang Johari, keadaan ini akan dicapai melalui pelaksanaan projek prasarana yang berimpak tinggi, termasuk jalan raya, jambatan, telekomunikasi, bekalan air dan elektrik.

“Visi saya adalah untuk mentransformasi Sarawak melalui ekonomi digital. Melalui transformasi ini lebih banyak peluang akan diwujudkan untuk semua rakyat di negeri kita, sama ada di bandar mahupun di luar bandar,” katanya dalam perutusan Manifesto Barisan Nasional Sarawak yang dilancarkannya di sini, semalam.

Manifesto itu bertemakan ‘Transformasi Sarawak Melalui Ekonomi Digital’.

“Peluang-peluang tersebut temasuklah perniagaan dan pekerjaan baharu yang menerapkan teknologi moden, inovasi dan kreativiti,” jelasnya.

Ketua Menteri berkata, inisiatif ini akan mewujudkan lebih banyak peluang sampingan termasuk dalam industri perkhidmatan seperti makanan, hiburan dan lain-lain.

Menjelas lanjut, beliau berkata, peluang-peluang baharu ini akan membolehkan Sarawak merealisasikan sepenuhnya potensi sumber semula jadi dan juga potensi bakat dan keupayaan dalam kalangan belia Sarawak.

Oleh itu, jelasnya, amat penting bagi rakyat Sarawak mengekalkan kestabilan dan kesinambungan dalam kerajaan dan kepemimpinan supaya rakyat dapat mencapai aspirasi menjadi sebuah negeri maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi.

Abang Johari yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengakui kejayaan yang dicapai Sarawak pada hari ini ialah hasil kerjasama rapat antara kerajaan BN Persekutuan dengan Kerajaan BN Negeri.

“Justeru, kesinambungan hubungan kerjasama erat ini akan terus memberi kebaikan dan manfaat kepada Sarawak dan melalui kerjasama ini peluang-peluang baharu akan dapat diwujudkan,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news