Abang Johari pertahan cadangan projek LRT 0 5607

KUCHING, 14 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mempertahankan rancangan beliau melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Bandaraya Kuching.

“Banyak pengkritik yakin saya melakukan kesilapan sekiranya membina LRT bagi Bandaraya Kuching.”

“Saya akan tunjuk kepada anda bahawa saya betul kerana saya memikirkan tentang masa depan Kuching dan mereka silap kerana mereka berpendapat Kuching tidak ada masa depan,” kata Abang Johari dalam ucapan alu-aluan dan perasmian Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini hari ini.

DAP Sarawak diketuai pengerusinya Chong Chieng Jen telah beberapa kali mengkritik rancangan itu dengan memberi alasan tiada keperluan mendesak bagi Kuching mewujudkan kemudahan berkenaan.

Anggota Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii pula menggesa agar projek dirancangkan itu dilaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban dari segi daya maju ekonomi.

Yii berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Abang Johari perlu memberi jawapan kepada beberapa persoalan berbangkit tentang perojek itu – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news